Lihat kepada nama blog ini mungkin agak pelik dan jarang didengar. Mungkin ada yang berpendapat ini dalah nama penulis atau gabungan antara dua nama sebagaimana popular dalam kalangan orang muda sekarang. Untuk makluman, 'syamama' adalah nama sejenis minyak attar yang saya sukakan wangiannya. Saya suka menggunakan minyak attar berbanding minyak wangi berjenama yang lain. Antara sebabnya adalah mudah untuk dibawa ke mana-mana dan dipakai sebelum solat. Juga disebabkan kandungannya tidak diragukan untuk dibawa bersolat.
Memakai wangian adalah sunnah bagi orang lelaki. Bagi kaum hawa pula, wangian hanya boleh dipakai di dalam rumah dan tidak dihidu oleh lelaki bukan muhrim. Wanita yang memakai wangian perlulah mengambil berat tentang perkara ini supaya wangian yang mereka pakai tidak mendatangkan fitnah. Para isteri, jadikan amalan memakai wangian hanya di rumah untuk suami semata-mata. Jom kita jadikan amalan memakai wangian sebagai sebahagian amalan kita dengan niat untuk mengikuti sunnah baginda nabi saw.