Monday, February 11, 2013

1st Post


Assalamualaikum..

Sebenarnya, blog ni sudah pun lama saya wujudkan tapi tiada apa-apa perkara yang saya ‘post’kan di sini. Baru-baru ini saya terfikir untuk isikan blog ini dengan tulisan-tulisan bercorak motivasi. Tulisan-tulisan ini adalah tujuan utamanya untuk meningkatkan tahap motivasi kepada diri saya sendiri dalam mengharungi hidup seharian, dan mungkin akan memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya.

Saya juga terfikir untuk menulis bagi meningkatkan tahap penulisan saya sekaligus menggalakkan diri saya sendiri untuk menulis. Salah satu cara untuk mengingati sesuatu yang dibaca adalah menulisnya semula. insyaAllah, semoga Allah memberi saya kekuatan untuk menulis perkara-perkara yang baik yang boleh membantu saya dan pembaca-pembaca sekalian. Saya berlindung daripada melakukan sesuatu usaha sekadar sekerat jalan sahaja.

Saya mengikuti banyak blog-blog yang bersifat motivasi dan mendorong kepada percambahan idea serta menyediakan solusi-solusi berguna kepada pembaca-pembaca. Saya berharap juga semoga pada suatu masa nanti blog ini menjadi seperti blog-blog yang saya kagumi ini.

Sekian

No comments:

Post a Comment